Thursday, 3 March 2011

KEGUNAAN HERBA

DAUN HATI-HATI

Pokok hati-hati adalah sejenis tumbuhan herba berbunga ungu muda, mempunyai daun yang tebal dan berbulu halus berwarna hijau muda.Pokok hati-hati yang juga dikenali sebagai bangun-bangun atau nilam di sesetengah tempat merupakan penawar dalam perubatan tradisional.Salah satu kegunaan pokok tersebut ialah untuk mengubati batuk, terutamanya dikalangan orang-orang dewasa dimana daun pokok tersebut ditumbuk dan dicampur dengan air sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari.
Dari segi saintifik, pokok hati-hati yang dikenali sebagai coleus amboinicus lour juga berkesan untuk merawat masalah sembelit.

Cara rawatannya juga sama seperti merawat batuk, iaitu dengan menumbuk daunnya dan kemudian dicampur dengan air sebelum ditapis dan diminum.

BUNGA MATAHARI

Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi dan antara kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah dengan menggunakan bunga matahari yang berasal dari keluarga compositae.Seluruh bahagian pokok bunga matahari yang dikenali sebagai helianthus annuus dari segi saintifiknya, bernilai tinggi dari segi perubatan.Bunganya yang besar berwarna kuning di rebus dan airnya diminum bagi menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma.

Biji-biji bunga matahari itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar serta mengubati batuk, disentri dan radang buah pinggang.Sementara itu, dalam perubatan tradisional cina bunga matahari dikatakan berkesan untuk membuang angin dalam tubuh badan yang berpunca dari hati yang berfungsi secara berlebihan dan juga untuk menyejukkan badan.

AVOKADO

Avokado atau nama saintifiknya, Persea Americana berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan yang berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan, khususnya di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada buah, daun dan kulit pokok avokado juga boleh direbus dan airnya diminum untuk membersihkan hati, menurunkan tekanan darah tinggi, meredakan sakit perut dan berkesan untuk mengawal haid

LEMON

Sakit kerongkong mudah diubati secara tradisional dan salah satu daripada kaedah tradisional itu adalah dengan menggunakan lemon, sejenis limau sitrus yang juga dikenali sebagai Citrus Limon dari segi saintifiknya.Cara rawatannya adalah dengan mencampurkan secubit garam ke dalam jus lemon yang baru diperah dan dikumur perlahan-lahan sebelum ditelan.lemon, seperti buah-buahan sitrus yang lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia.

Ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.
Kaedah paling berkesan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit ini adalah dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum.

PALA
Pala adalah sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam dunia perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.Berasal dari keluarga myristicaceae, buah pala yang dikenali dengan nama saintifiknya myristica fragrans, juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

Pala juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat,
Pucuk daunnya yang berkhasiat dimakan sebagai ulam untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Bijinya pula digunakan sebagai salah satu ramuan bagi membuat minyak panas untuk mengubati pelbagai penyakit.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.

Mengatasi masalah kencing tidak lawas.

DELIMA

Ia berkesan bagi meredakan cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima.Airnya yang bertindak sebagai astrigen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

SENGKUANG CINA

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong yang menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak.Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.Rasanya yang manis dan menyejukkan elok dimakan untuk meredakan demam, selesema dan batuk.

Ia digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

KELEDEK

Keledek adalah sejenis ubi yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan.Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.

Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.

Daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

CEMAMAR

Cemamar merupakan sejenis tumbuhan liar yang seakan-akan daun kari dan mempunyai bau yang harum.Rasanya yan lemak-lemak pahit enak dimakan sebagai ulam bagi membuang angin dalam tubuh badan, sekaligus meredakan masalah perut kembung dan lenguh-lenguh badan.

Ia sesuai digunakan sebagai air rendaman untuk ibu-ibu yang bersalin.

HALBAN

Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin.Daunnya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan.Air rebusan kulit halban juga sesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Selain itu,untuk mengubati demam, merawat kudis dan luka.

JERING

Buah jering amat bernilai dalam perubatan tradisional terutamanya untuk mengubati penyakit batu karang.Cara rawatannya adalah dengan menumbuk buah jering bersama halia sehingga halus sebelum direbus dan setelah itu, air rebusan tersebut haruslah diminum.

Jering berkesan untuk merawat penyakit kencing manis.Selain daripada buah, kulit pokoknya turut dapat mengubati kencing manis iaitu dengan cara merebus kulitnya hingga mendidih dan diminum air rebusan tersebut.

No comments:

Post a Comment